Archive for May, 2005

**ReNuNgAN**

Wednesday, May 25th, 2005

buat renungan…mungkin aku pun bende yang slh =)

Ikuti diskusi seorang remaja matrikulasi dengan
seorang pensyarah dalam
mengupas persoalan yang amat releven dengan
situasi kita sebagai remaja
yang
hakikatnya masih mentah,jahil dan perlu dibimbing
dalam menghadapi
jaringan
perangkap dan tipudaya syaitan laknatullah.
Semoga risalah ini
bermanfaat
kepada kita semua

Kami tidak berzina!

Maaf,saya tidak menuduh awak berzina tetapi
awak menghampiri zina

Kami hanya berbual-bual, berbincang,
bertanya
khabar,minum-minumadakah itu menghampiri
zina

Ya,perbuatan ini menjerumus pelakunya ke
lembah
perzinaan

Kami dapat mengawal perasaan dan kami
tidak berniat ke arah
itu.

Hari ini,ya. Besok mungkin kamu kecundang.
Kamu dalam bahaya. Jangan
bermain
dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan
memerangkap kamu. Sudah banyak
tipu
daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat
berpengalaman dan tipu
dayanya
amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita
yang pertama,Adam dan
Hawa.
Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam
dan Hawa? Ia ada lebih
1001
cara. Ingat pesanan Rasullullah : Janganlah
engkau bersendirian dangan
seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan
(Tabrani). Syaitan akan
menghembus perasaan berahi, Kita lemah untuk
menghadapi tipu daya iblis

Tidak semestinya semua orang bercinta
menjurus kepada
penzinaan. Ada
orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS
sahaja. Tak pernah bersua
muka
pun!

Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan
dengan menghampiri zina.
Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi
perasaan pasti bergelora.
Lambat
laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan
iblis akan mengheret
kepada
suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan
terhenti disitu sahaja.
Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan.
Tidakkah itu boleh
membawa
kepada penzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh?
Itupun zina juga ke?

Zina ada bermacam-macam jenis dan
peringkatnya,ada zina betul,ada zina
tangan( berpegang-pegangan),ada zina mata
(melihat kekasihnya dengan
perasaan
berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati
iaitu khayalan
berahi
dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh
Rasulullah:

Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya
adalah
menyentuh. Kedua
kakinya
juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju
ke tempat pertemuan).
Mulut
juga berzina dan zinanya ialah ciuman (Muslim
dan
Abu Daud)

Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada
perzinaan amat banyak. Jangan
biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana
jalan atau lorong yang
boleh membawa kepada penzinaan

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke?
Bincang pelajaran
sahaja!

Berdiskusi pelajaran,betul ke?Jangan tipu. Allah
tahu apa yang terselit
dalam hati hamba-hambanya. Kita belajar nak
keberkatan. Kalau cemerlang
sekalipun,kalau tak diberkati Allah,kejayaan tidak
akan membawa
kebahagiaan.
Hidup tidak bahagia,akhirat lebihlah lagi. Jangan
berselindung
disebalik
pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang
yang berilmu. Jadi
belajar
hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar
akan jadi ibadat.
Adakah
berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh
malaikat Raqib dan Atiq?

Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni
study group.

Study group?nampak macam lain macam saja.
Manja,senyum memanjang,tak
macam
gaya berdiskusi. Takkan study group berdua
sahaja? Kemana-mana pun
berdua.
Kalau ye pun,carilah study group ramai-ramai
sedikit. Kalau duduk
berdua-dua
macam ini..betul ke bincang pelajaran? Jangan-
jangan sekejap saja
bincang
pelajaran,yang lain tu banyak masa dihabiskan
dengan fantasi cinta!

Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran

Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua
tak perasan apa-apa?Awak
kurang
sihat ke? Ingat,kita bukan malaikat,tak ada nafsu.
Kita manusia. Jangan
nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu,ada
keinginan. Itulah manusia

Kami sama-sama belajar,study group,saling
memberi semangat dan
motivasi

Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan
rakan belajar? Habis
sudahkah
kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi?
Jangan hina kaum sejenis.
Ingat
banyak orang cemerlang yang belajar hanya
dengan kaum sejenis. Lebih
tenang
perasaan,tidak terganggu,dapat berkat dan rahmat
pula

Takkanlah tak ada langsung ruang yang
dibenarkan dalam Islam
untuk
bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri
cinta?

Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan
kejadian manusia. Naluri
ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of
belonging) adalah
fitrah.
Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang,tak
normal namanya. Islam
bukan
datang untuk membunuh naluri dan keinginan itu.
Tidak!Islam tidak suruh
membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para
paderi atau sami.
Jangan
nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri
sendiri. Bukan salah dan
berdosa kalau perasaan itu datang tanpa
diundang.
Itu adalah fitrah.
Cuma
tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah
Allah. Jadilah manusia
yang
sihat pada nalurinya. Jangan jadi malaikat! kerana
Allah ciptakan kita
sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan
hambar tanpa naluri
nafsu.

Tentu ada cinta secara Islam

Cinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan.
Cinta berlaku setelah
ijab
qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan
qudus. Cinta yang
bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan
agama kita,Islam.
Apabila
Islam melarang sesuatu perkara,tentulah ia
digantikan dengan sesuatu
yang
lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki
dan wanita sebelum
kahwin,ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti
yang lebih baik iaitu
perkahwinan. Sabda Rasulullah:

Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang
saling mencintai kecuali
nikah (Ibni Majah)

Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia

Kalau begitu,cinta semua menghampiri
kepada penzinaan?

Ya kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu
perasaan turut terusik.
Kemudian
perasaan dilayan. Kemudian teringat,rindu.
Kemudian aturkan pertemuan.
Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari
tempat sunyi sedikit.
Kemudian
berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan
makin akrab,dah berani
pegang
tangan,duduk makin dekat. Kalau tadi macam
kawan,sekarang macam
pengantin
baru. Bukankah mereka semakin hampir dan
dekat
dengan
penzinaan?Penghujung
jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan.
Berapa ramai orang yang
bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan
dan kesengsaraan.
Kasihanilah
diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam
keadaan putih bersih tanpa
noda
daripada seekor nyamuk sekalipun!

Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap
selamat,tidak
sampai
berzina. Kami tahan diuji.

Allah menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan
dan kelemahan manusia.
Manusia
tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan
supaya diri menjauhi
perkara
yang ditegah. Takut manusia kecundang

Jadi manusia itu tak tahan diuji?

Kita manusia dari keturunan Adam dan
Hawa,sejak
awal penciptaan
manusia,Allah telah mengingatkan manusia
bahawa mereka tidak tahan
dengan
ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa
untuk iktibar
manusia.
Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan
makan
buah Khuldi dalam syurga.
Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak
tahan diuji. Oleh itu
Allah
berpesan pada Adam dan Hawa,jangan hampiri
pokok Khuldi. Firman Allah:

Wahai Adam!Tinggallah engkau dan isterimu di
dalam syurga serta
makanlah
dari makanannya sepuas-puasnya,apa sahaja
yang kamu berdua sukai dan
jangan
hampiri pokok ini,(Jika kamu menghampirinya)
maka akan menjadilah kamu
dari
orang-orang yang zalim (Al-Aaraf:ayat 19)

Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah
Khuldi. Tetapi Allah tahu
sifat
dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika
menghampiri perkara yang
ditegah,takut
nanti mereka akan memakannya kerana mereka
tidak dapat mengawal diri.
Demikianlah dengan zina. Ditegah zina. Maka
jalan
ke arah penzinaan
juga
dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan
penzinaan,kedua-duanya
kecundang. Cukuplah kita belajar daripada
pengalaman nenek moyang kita
Adam
dan Hawa.

Tetapi cinta lepas kawin banyak masalah.
Kita tak kenal
pasangan
kita secara dekat. Bercinta adalah untuk
mengenali hati budi pasangan
sebelum membuat keputusan sebelum berkahwin.

Boleh percaya dengan perwatakan masa sedang
bercinta?Bercinta penuh
dengan
lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan.
Masing-masing akan berlakon
dengan watak yang terbaik.
Penyayang,penyabar,pemurah dan pelbagai
lagi.
Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata.
Masa bercinta,merajuk
ada
yang akan pujuk. Jangan haraplah lepas kawin bila
merajuk ada yang
memujuk.
Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan
keperibadian pasangan
semasa
bercinta. Perangai jauh berbeza. Macam langit dan
bumi. Masa
bercinta,dia
seorang yang amat penyayang,penyabar,sabar
tunggu pasangan terlambat
berjam-jam. Tapi bila dah kahwin,lewat 5 minit dah
kena tengking.
Jadi,perwatakan masa bercinta tidak boleh
dipercayai. Percintaan adalah
suatu kepuraan yang hipokrit.

Percayalah kami bercinta demi merancang
kebahagian hidup nanti

Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak
mendapat redha Allah?
Kebahagiaan
adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya
yang terpilih. Kebahagiaan
bukan
ciptaan manusia. Manusia hanya merancang
kebahagiaan. Allah yang akan
menganugerahkannya. Bagaimana mendapat
anugerah kebahagiaan itu jika
jalan
mencapainya tidak diredhai Allah. Kebahagiaan
hidup berumah tangga
mestilah
melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya
bukan cinta sebegini.
Allah
tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai,
cinta selepas
kahwin.
Bagaimana untuk mendapat keluarga yang
bahagia
jika langkah
memulakannya pun
sudah canggung. Bagaimana kesudahannya?

Tanya sikitadik angkat,kakak
angkat,abang angkat boleh ke?
ganti
bercinta

Semua itu adalah perangkap syaitan. Hakikatnya
sama. Cinta yang diberi
nafas
baru. Kulitnya nampak berlainan, tapi isinya sama.
Adik,abang,kakak
angkat
adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan.
Manusia yang terlibat
dalam
budaya angkat ini sebenarnya telah masuk ke
dalam perangkap syaitan.
Cuma
menunggu masa untuk dikorbankan

Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah
hilang maruah diri?

Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh
manusia tetapi oleh pencipta
manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-
beza. Orang yang sedang
mabuk
bercinta mengatakan orang yang bercinta tidak
menjejaskan apa-apa
maruah
dirinya. Manakala bagi orang yang menjaga
diri,tidak mahu terlibat
dengan
cinta sebelum kahwin akan mengatakan orang
yang bercinta sudah tidak
bermaruah. Cintanya ditumpahkan kepada orang
yang belum layak menerima
cinta
suci. Kalau begitu ukuran maruah atau tidak
ditentukan oleh Allah.

Adakah orang yang bercinta hilang maruah?

Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya.
Orang yang bercinta
seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya
kerana mereka sedang
menghampiri
penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan
pernah berzina tidak layak
berkahwin kecuali dengan orangyang pernah
berzina juga. Mereka tidak
layak
untuk berkahwin dengan orang yang beriman.
Allah
berfirman:

Lelaki yang berzina(lazimnya) tidak ingin
berkahwin melainkan dengan
perempuan yang berzina atau perempuan musyrik;
dan perempuan yang
berzina
itu pula(lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya
melainkan oleh
lelaki
yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan
yang demikian
terlarang
kepada orang-orang yang beriman.(Surah an-Nur:
Ayat 3)

Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai
untuk berkahwin
dengan
orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu
suatu penghinaan dari
Tuhan.

Jadi orang yang bercinta hanya layak
berkahwin dengan orang
yang
pernah bercinta juga?

Itulah pasangan yang layak untuk dirinya kerana
wanita yang baik adalah
untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk
wanita yang baik

Kami telah berjanji untuk sehidup semati

Apa yang ada pada janji cinta? Berapa banyak
sudah janji cinta yang
musnah?
Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka
hanya menunggu peluang
keemasan sahaja. Habis madu,sepah dibuang.
Pepatah itu diungkap kerana
ia
sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Jadi perempuan yang bercinta jatuh
maruahnya pada pandangan
lelaki?

Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka
pada barang second hand
sedangkan barang baru masih ada. Sesetengah
mereka menggambarkan
perempuan
seperti kereta di show room; display only. Tapi ada
yang boleh test
drive.
Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee
goring dan segelas air sirap
bandung,bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan. Itulah
hakikatnya

Masihkan ada orang yang tidak bercinta
pada zaman ini?

Ya,masih ada orang yang suci dalam debu.
Golongan ini sentiasa ada
walaupun
jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu
hari nanti. Mereka ada
pasangannya. Firman Allah:

Dan orang-orang lelaki yang memelihara
kehormatannya serta orang-orang
perempuan yang memelihara kehormatannya
(yang
memelihara dirinya
daripada
melakukan zina)Allah telah menyediakan bagi
mereka semuanya keampunan
dan
pahala yang besar(Al-Ahzab: ayat 35)

Bagaimana kami?

Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan
taubat nasuha. Berdoalah
serta
mohon keampunan dariMya. Mohonlah petunjuk
dan kekuatan untuk mendapat
redhaNya

Kami ingin mendapat redha Tuhan.
Tunjukkan bagaimana taubat
nasuha

Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-
benarnya. Taubat yang memenuhi 3
syarat:

1. tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan
hubungan cinta yang
tidak
diredhai Allah ini

2. menyesal. Menginsafi diri atas tindak
tanduk hidup yang
menjurus
diri dalam percintaan

3. berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan
bercinta lagi
dengan
sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama
isteri atau suami.
Saatnya
adalah setelah ijap Kabul

Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan.
Ampunilah dosa-dosa hambamu
ini.
Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan
Maha Penerima Taubat. Berilah
kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan
keremajaan ini. Anugerahkan
kepadaku perasaaan benci kepada maksiat.
Hiasilah diriku dengan akhlak
yang
mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau
jagaku sedari kecil dengan
kasih
saying. Mengapa kucurahkan kasihku kepada
orang lain. Oh Tuhan, hambamu
yang
berdosa

Amin, Ya Rabb. Moga Allah terima taubatmu

Kita berpisah kerana Allah. Kalau ada jodoh
tidak kemana.

Ya Allah,bantulah mereka. Kini mereka datang
kepintu-Mu mencari
redha-Mu.
Terimalah taubat mereka

**satira yg comel**

Saturday, May 14th, 2005

satira..dah lame kenal budak nih.daripada matrix penang.die baik…kelakau..hehehe suke kate org lain comel..tak sedar..sebenonye die yg comel..ahaks..pasni blanje aku tau =p heheh saje nk promote die..korang..cepatlah ngorat die…. =p

**SEMOGA ABADI**

Sunday, May 1st, 2005

Kau datang bagaikan mimpi
Kau hadir daku sedari
Sekian lama kunanti
Kau di sini

Mungkin kehendak Ilahi
Segalanya kujalani
Biar lelap tidurmu
Dipelukku

Cinta ini
Kupersembahkan
Setulus hati kasih
Kepadamu
Seandainya engkau mengerti
Hanya kau yang kumiliki
Dalam hidupku

Kasih sayang ini
Semoga abadi
Kan kubawa sampai akhir nanti